Friday, July 8, 2011

Melayu & Perniagaan

Kira-kira 2 tahun lalu, saya berkesempatan menghadiri upacara penyerahan bantuan TEKUN kepada pengusaha-pengusaha kecil bumiputera yang disampaikan sendiri  oleh YB Rembau. Saya mengenali beberapa orang daripada penerima-penerima insentif tersebut. Malahan, saya sendiri 'pernah' menjadi antara pelanggan tetap salah seorang daripada mereka..Secara peribadi, saya bersyukur kerana kerajaan masih memberi peluang kepada kaum bumiputera untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan, walaupun statistik menunjukkan ramai yang kurang berjaya daripada yang berjaya.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri berurusan dengan salah seorang peniaga ini, lelaki X ini adalah seorang yang sangat tekun. Siang dan malam dia sentiasa berada di kedai jahitnya bagi menyiapkan tempahan. Kualiti jahitannya agak memuaskan berdasarkan harga yang ditawarkan. Jadi anggapan yang menyatakan bahawa peniaga Melayu gagal kerana sifat malas mungkin boleh "dibakul-sampahkan" sahaja kerana realiti menunjukkan sebaliknya. Jadi apakah punca sebenar kegagalan peniaga Melayu?

Berbalik pada kisah lelaki X ini, walaupun usaha kerasnya siang dan malam, saya dapati perniagaannya pada hari ini sama seperti 2 tahun yang lalu..Tiada unsur2 atau petanda2 yang menunjukkan perniagaannya berkembang. Mungkin apa yang boleh dibanggakan lelaki X ini sekarang sudah mampu memiliki kenderaan yang baik berbanding 2 tahun yang lalu..Ini menimbulkan persoalan kepada saya..Lelaki X ini begitu rajin, jadi masalah sikap bukanlah punca kegagalan..Modal juga sudah disediakan olen pihak TEKUN..jadi, apakah masalah sebenarnya?

Ketika berfikir, saya teringat perbincangan saya dengan Dr. Bakri Musa sewaktu program "Alif Ba Ta" awal tahun ini. Perbincangan ini agak eksklusif kerana hanya melibatkan beberapa orang peserta di bilik hotel beliau..Dalam perbincangan tersebut, Dr. Bakri menyatakan kerajaan harus melengkapkan bakal-bakal peniaga Melayu ini dengan ilmu perniagaan, dan bukan sekadar insentif dana semata2..Peniaga2 ini, khususnya di kawasan kampung amat terhad ilmu pengetahuannya..Bahkan, ada diantara mereka tidak tahu menggunakan komputer, yang merupakan "basic survival kit," pada zaman ini. Jadi tidak hairanlah kebanyakan mereka hanya menggunakan kaedah tradisional yang dipelajari daripada nenek-moyang mereka. Bahkan bagi mereka, tahap ukur kemajuan perniagaan mereka bergantung kepada jenis kenderaan yang dimiliki..Tidak hairanlah, keuntungana yang diperolehi bukan digunakan untuk menambah-baik/membesarkan perniagaan, sebaliknya digunakan untuk keperluan peribadi. Konsep "Asset and Liabiliti" yang menjadi asas dalam sesuatu perniagaan masih kurang difahami. Jadi, jika perkara asas perniagaan seperti ini masih tidak difahami, tidak kira sebaik mana produk yang dihasilkan, ia tidak mampu ke mana-mana..Akhirnya mereka dipersalahkan! 

Jadi, saya berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menyediakan kursus asas yang komprehensif kepada peniaga2 kecil ini. Mereka berhak untuk maju terus ke-hadapan, dan saya begitu yakin dengan sikap yang ditunjukkan, contohnya Lelaki X, mereka mampu pergi ke peringkat nasional, and tidak mustahil ke peringkat global..Syaratnya, mereka perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi..

*Tulisan ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis bersama masyarakat setempat..Mungkin terdapat khilaf dalam pemerhatian dan analisis di atas. Penulis yakin generasi Melayu sekarang mampu merubah diri daripada menjadi golongan kelas menengah kepada kelas korporat jika sikap dan ilmu yang betul mampu disemai dalam diri setiap individu

note: Penulis akan menyentuh mengenai sikap peniaga2 Cina yang penulis kenali dalam entri berikutnya sebagai pengajaran kepada semua. 

1 comment:

  1. ok, i get it, this time the title is 'melayu', so the content must be in Malay language...hehe...btw, nice post :]

    ReplyDelete

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP