Wednesday, December 7, 2011

Islam Tulen!

1. Sejak kecil, saya sering diingatkan bahawa saya begitu bertuah dilahirkan menjadi seorang Muslim. (indeed, this is the best ni'mat from Allah to me)

2. Seingat saya (menerusi pembacaan, and perbincangan bersama rakan-rakan) masyarakat Islam pernah membina sebuah tamadun yang hebat dan disegani - Malah, Islam lah yang berjaya menaikkan martabat bangsa Arab pada zaman kegemilangan Islam.

3. Tetapi haruslah diingatkan, zaman kegemilangan Islam itu kini hanyalah tersimpan rapi dalam lipatan sejarah - Jika dilihat pada situasi semasa, kebanyakkan bangsa yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka jauh ketinggalan dalam banyak perkara - negara-negara Arab, contohnya, masih merelakan hasil petroleum mereka dicuri mentah-mentah orang orang Barat; orang Melayu contohnya masih mengungguli carta "masalah sosial" di negara kita.

4. Berdasarkan realiti semasa, tidak hairanlah jika ramai yang bersikap begitu skeptical mengenai Islam - mana mungkin, secara logiknya, agama yang begitu Agung ini menjadikan umatnya terbelakang dalam banyak perkara

5. Islam yang cuba digambarkan dalam masyarakat kita umpamanya lebih berbentuk restricted - golongan yang berpakaian agama ini lebih cenderung untuk mengharamkan sesuatu berbanding berbincang mencari jalan keluar dalam permasalahan umat manusia

6. Tidak hairanlah jika pembelajaran ilmu Islam dalam masyarakat kita (dari dulu hingga kini) hanyalah bersifat hafalan fakta-fakta - soalan-soalan kritikal yang begitu penting dalam memahami sesuatu ilmu lansung tidak digalakkan

7. Persoalan pokok seperti, "mengapa kita harus bersembahyang?" begitu jarang sekali kedengaran. Akibatnya, ramailah yang hanya melalukan sembahyang dalam bentuk fizikal, walhal tujuan asal (roh) sembahyang itu tidak difahami dengan jelas

8. Paling menyedihkan, stereotaip golongan agama adalah mereka yang sentiasa berkupiah, jalan mereka sentiasa tunduk ke bawah, bila bercakap lansung tiada kedengaran suara, tidak update mengenai isu-isu semasa, and etc.

9. Dalam erti kata yang lain, golongan agama ini bolehlah dikategorikan sebagai golongan termundur dalam hierarki kemasyarakatan - walhal, sepatutnya, golongan yang diberi kefahaman agama itulah golongan yang bertuah dan sepatutnya menjadi tunjang dalam memajukan masyarakat sepertimana firman Allah;

"Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama"                                                                                                  (surah Al-Fath, ayat 8)

10. Maka jika difahami ayat diatas, sudah tentu kedudukan golongan agama ini tinggi disisi masyarakat - realiti sekarang berlaku sebaliknya.

11. Oleh itu, jika kita mahu kembali membina Tamadun Islam yang hebat, kita perlulah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam itu adalah agama yang Agung - jauh sekali menjadikan masyarakat mundur ke belakang.

12. Belajarlah ilmu Islam dari Al-Quran dan Sunnah - ingatlah "ustaz" bukanlah Rasul yang maksum dari melakukan maksiat! 

No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP