Monday, December 19, 2011

Mahasiswa - Pendokong Politik Baru

1.Insiden menurunkan bendera oleh segolongan mahasiswa (saya percaya mereka tidak mewakili keseluruhan mahasiswa) semalam amat menyedihkan.

2. Bagi penulis, ini merupakan tindakan kurang bijak.. Dalam politik, tindakan mereka seakan-akan memberi bola tanggung kepada golongan2 yang menentang pembaharuan. Jangan salahkan rakyat terbanyak sekiranya rakyat melabel mahasiswa sebagai tidak matang! 

3. Ingin penulis tegaskan, penulis sentiasa menyokong segala usaha dalam "memperkasakan golongan muda!" or empowering the young. Justeru, desakan untuk memansuhkan/meminda beberapa klausa dalam AUKU sepatutnya disokong.

4. Tetapi, penulis sedih dengan tindakan yang kurang matang sekumpulan kecil mahasiswa ini. Sepatutnya, merekalah yang menjuarai politik baru, yang berteraskan ilmu and hujah! dan bukannya, terikut-ikut dengan politik emosi! Kalau kita mahu bermain politik emosi, kita tidak perlu golongan "cendiakawan" ini. Kita sudah banyak politikus-politikus yang hanya hebat berhujah menggunakan emosi, dan bukannya ilmu!

5. Penulis tidak mahu berhujah panjang. Penulis lampirkan gambar2 dibawah sebagai renungan bersama;


Guan Eng main "ting-ting"

Pemuda BN bakar gambar CM of Penang

p/s: apa bezanya tindakan mahasiswa semalam dengan tindakan kebudakan-budakan individu-individu diatas?

No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP