di sini disisipkan kisah seorang kenalan yang ketabahannya menghadapi dugaan hidup adalah luar biasa:
"pelajar ini adalah pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah berasmara penuh..ibu bapanya sudah berpisah..oleh itu, dia tinggal dengan ibunya, yang disahkan mengalami penyakit buah pinggang..menurut khabar, pendapatan ibunya tidaklah selumayan mana..jadi untuk tidak menyusahkan ibunya, pelajar ini telah pernah suatu masa tidak pulang ke rumah selama 3 bulan..dikhabarkan baru-baru ini, rumahnya rentung dijilat api..Masha Allah, sungguh besar ujian yang dihadapi oleh pelajar ini..juga, saya dimaklumkan, banyak barang berharga yang tidak dapat diselamatkan..
Sebelum kejadian ini, pernah suatu ketika diceritakan pelajar ini hanya tinggal di stesen bas kerana walletnya telah dicuri..tetapi demi untuk tidak menyusahkan hati ibunya, dia 'berbohong' dengan mengatakan dia menumpang di rumah kawannya..Subhana Allah, sungguh maha hebat ujian Allah kepada hamba ini.."
dengan SPM yang semakin hampir, saya khuatir dan bimbang akan masa depan pelajar ini..menurut sahabat dekatnya, pelajar ini tidak sedikitpun menzahirkan rasa sedihnya..namun, saya masih bimbang kerana jika semua masalah dipendam sendirian, maka jika ditakdirkan Allah, pelajar ini sudah tidak mampu menanggungnya sendirian, mungkin kesannya akan menjadi amat teruk..Na'uzubillah!
Lesson:
when i heard this story, i felt so guilty of not doing anything..while he was suffering mentally and financially, i was enjoying my meals and luxury of being accompany by my dear families..i felt so useless..hence, from that day onwards, i tried to cut my meals so that i just ate what i really need...also, i tried not to spend unwisely so that the extra money i have could be donated to those in need! Masha Allah, i hope i'll be consistent on this standard of living! and to this guy, i really hope that he will be rewarded for all the tests given to him! may his future sparkles, and thus, he could change his family ways of life! Amin...
No comments:
Post a Comment