Wednesday, August 18, 2010

Antara Kemestian dan Digalakkan:

Ramadhan al-Mubarak:

Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu dengan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini..seperti tahun sebelumnya, kali ini saya dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang..walaupun tidaklah semeriah seperti tahun2 sebelumnya, atas kesibukan masing2, saya masih mampu tersenyum apabila melihat ibu, ayah, adik-beradik duduk semeja menikmati juadah berbuka bersama..segala kerisauan seakan hilang sama sekali..inilah dikatakan keberkatan Ramadhan al-Mubarak, selain berpeluang mendekati diri dengan Tuhan, saya juga dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan..

namun, dalam mencari keberkatan Ramadhan, ramai di antara kita yang mudah terlupa mengenai tangunggjawab kita sebagai seorang Muslim..

1) Bersegeralah Berbuka Puasa:

bersegera dalam berbuka merupakan sunah Prophet Muhammad p.b.u.h..Nabi, menurut satu riwayat, berasa sangat gembira setiap kali berbuka..jadi sebagai manusia Muslim, memang menjadi suatu suruhan untuk kita menuruti dan meneladani segala cara hidup (sunah) Rasul junjungan kita..jadi ramailah diantara kita yang berusaha untuk menyegerakan waktu berbuka puasa..Alhamdulillah, niat di hati adalah untuk mengikut sunah Nabi..namun, dalam mencari keberkatan, janganlah kita mengabaikan kewajipan kita..sewaktu menaiki teksi untuk berbuka puasa bersama sahabat2 lama di Kuala Lumpur, saya begitu kesal melihat tindak-tanduk pemandu2 kereta dan penunggang2 motosikal di jalan raya..masing2 begitu gopoh memandu, seolah2 hanya mereka sahaja yang mahu berbuka..sopan-santun di jalan raya langsung diabaikan..agaknya, mereka lupa bahawa sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan untuk menjaga keselamatan jiwa! tindakan gopoh-gapah mereka (kononnya untuk mencari keberkatan berbuka awal) sebenarnya mampu mengancan nyawa mereka sendiri dan orang sekeliling..wahai pengguna2 jalanraya, bersabarlah dan bersopanlah di jalanraya..jangan dek kerana untuk mengejar sesuatu, nyawa diri sendiri dan orang lain melayang! berbuka awal merupakan satu sunah, dan bukannya kewajipan..tetapi untuk menjaga keselamatan nyawa adalah satu kemestian! 

2) Solat Terawikh:

salah satu kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan2 yang laen adalah kerana di dalamnya terdapat ibadah solat terawikh..maka ramailah mengambil kesempatan untuk berterawikh..Alhamdulillah, jarang sekali saya melihat masjid di kawasan saya dipenuhi dengan ramai jemaah sepertimana sewaktu bersolat terawikh..Alhamdulillah, mungkin inilah keberkatan Ramadhan..namun, ironinya, jemaah solat subuh tidaklah seramai sewaktu bersolat terawikh..maka, timbullah persoalan, antara solat Subuh dan solat Terawikh, manakah merupakan kewajipan?? teringat kembali kata2 bro Waleed, sewaktu menyampaikan ceramah mingguan beliau di Stevens, malaikat2 akan mendoakan mereka yang mengerjakan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..maka kawan2, ambil beratlah mengenai kewajipan, dan rajin2 kan lah dalam melakukan ibadah sunat! tidak rugi untuk kita mengabdikan diri demi dia, ya Rabb! 

3) Rancangan di TV

dalam Bulan Ramadhan ini, begitu banyak lambakan rancangan di TV yang berunsurkan agama..kadang2 timbul persoalan di minda, adakan rancangan2 tersebut benar2 mahu mendidik umat? atau sekadar mengambil kesempatan bulan Ramadhan? namun sebagai seorang Muslim, kita digalakkan bersangka baik! oleh itu, saya amat berharap agar rancangan2 berunsur keagamaan ini dapat diteruskan dan ditayangkan secara istiqamah! insha Allah!  ;) 

No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP