Wednesday, August 18, 2010

Kenangan Bersama Arwah Atuk

Pusara Atuk (luar) & Pusara Nenek (dalam) 

pada 30 julai yang lalu, genaplah 11 tahun atuk kembali ke rahmatullah..atuk pergi pada ketika saya masih kecil, dan masih butuhkan panduan dan bimbingan atuk..arwah, pada hemat saya merupakan seorang yang rajin bekerja, warak beribadah, dan merupakan ayah dan atuk yang baik..atau dengan kata lain, arwah begitu sempurna pada pandangan saya..

namun, mahu atau tidak, saya harus menerima hakikat bahawa atuk sudah tiada lagi..atuk yang dulunya menjadi pelindung kepada kami adik-beradik tatkala ayah marah kini sudah lebih sedekad meninggalkan kami..bohonglah untuk mengatakan saya tidak sedih dengan ketiadaan atuk..tetapi, mahu atau tidak, saya harus menerima hakikat bahawa "setiap yang hidup pasti akan mati." itu adalah janji dia, Ya Rabb kepada seluruh umat manusia..

Atuk, Pada Ketika Hidupnya:

arwah atuk bukanlah lahir dari kalangan keluarga berada...menurut emak, segala yang diperolehi oleh kami pada hari ini, bukan diwarisi oleh arwah daripada bapa atau ibunya..semuanya adalah daripada titik peluh dan usaha arwah sendiri..arwah bekerja siang dan malam dalam memastikan kesemua 11 anaknya mendapat makan & minum yang mencukupi, serta pendidikan setinggi yang boleh..menurut emak, bukan senang bagi seorang ayah untuk membesarkan 11 anak, yang mana 9 daripadanya adalah anak lelaki..namun, dalam kesibukan mencari nafkah untuk keluarga, arwah tidak pernah mengabaikan kewajipan memberikan pendidikan keagamaan kepada anak2 mereka..rotan, kata emak, merupakan salah satu bentuk pelajaran yang diamalkan oleh arwah dalam mendidik anak2 beliau..alhamdullilah, hasilnya, anak2 arwah kini semuanya berjaya menjadi insan yang berguna...

dalam kesibukan mendidik keluarga, arwah juga sibuk dalam aktiviti kemasyarakatan..arwah, menurut mak, merupakan seorang yang begitu berminat dalam urusan politik (mungkin inilah menyebabkan saya meminati bidang politik)..arwah pernah pada suatu ketika menjadi ketua kampung..tidak hairanlah, jika arwah mampu bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris..maklumlah, pada ketika itu, arwah selalu berurusan dengan segelintir pemerintah Inggeris..dalam politik pula, arwah merupakan penggerak utama UMNO di kawasan beliau..teringat kembali, cerita arwah, mengenai kehidupan beliau ketika berada dalam ancaman komunis..oleh itu, arwah selalu berpesan kepada saya (yang ketika itu masih kecil) agar sentiasa menghargai segala nikmat keamanan..

Kenangan Bersama Arwah: 


Saya bersama Arwah Atuk Sewaktu Majlis Khatam Quran Saya

ramai yang pelik mengenai ejaan nama saya..jika diteliti maksud shahrir di dalam bahasa arab, nama ini mungkin tiada maksud...menurut mak, nama saya diberikan sendiri oleh arwah atuk sempena mengambil nama ahli politik, Datuk Shahrir...mungkin sebab itulah, hubungan saya dengan atuk begitu akrab..sayalah merupakan satu-satunya cucu, yang mana atuk memberikan namanya.. (ceh, bangga la pulak! LOL)

sejak kecil, saya memang begitu rapat dengan arwah..setiap kali ayah marah kepada kami, saya akan segera mendapatkan arwah..jadi, selalunya saya akan terlepas daripada sebarang bentuk hukuman..kakak2 lah yang terpaksa menanggung azab rotan..haha..

arwah selalu berharap agar saya menjadi seorang anak yang pintar..menjadi cita2 arwah untuk melihat saya belajar di MCKK..namun, rezeki tidak memihak kepada saya..saya hanya mampu ke sebuah sekolah sains di johor..tapi, cita2 arwah tidak pernah luput dari ingatan saya..memandangkan saya telah gagal, saya akan berusaha memastikan generasi saya seterusnya mampu menunaikan hasrat arwah..itu merupakan janji saya pada arwah!

di besarkan bersama arwah, minat politik saya sudah mula bercambah semenjak kecil..setiap kali raya, saya akan join pak cik2 saya (ayah kurang berminat dalam politik) dan arwah berborak mengenai politik...ketika itu, saya masih lagi bersekolah rendah..instead of joining my other cousins, i already involved myself w/ adult matters..i know it was too early, but i loved it... ;)

for the record, saya bukanlah seorang yang nakal..segala perbuatan saya diawasi oleh emak dan arwah..tepat jam 6.30 ptg, saya diwajibkan berada di rumah..itupun, saya hanya dibenarkan keluar jika semua homework saya telah disiapkan..jika tidak, jangan haraplah untuk bermain bersama kawan2 yang lain..haha

namun, dalam ketidaknakalan saya (angkat bakut sikit, LOL), saya sudah dua kali dijahit..satu di bahagian dahi dan satu lagi di bahagian dagu..menurut emak, ketika kecil, saya nie seorang yang nakal, tapi tak nampak..entahlah, saya pun x faham apa yang dimaksudkan oleh emak..tapi, saya masih ingat, ketika sebahagian kecil di bahagian dahi saya koyak, ketika itu di sekolah agama, saya tidak berani memberitahu emak..saya pasti saya akan dimarahi..jadi saya merayu kepada cikgu agar hanya memberitahu arwah...jadi, arwahlah yang menghantar saya ke klinik..sesampai dirumah, emak sudah mencebik muka..saya tahu saya akan dihukum..nasib baiklah arwah ada, maka saya buat sejuta kalinya terselamat daripada dimarahi..hahaha

Arwah, Dalam Mendidik Kami Adik Beradik:

tidak pernah sekali, seingat saya, arwah atuk memarahi kami adik-beradik...semua kesalahan kami disusuli dengan nasihat yang tidak putus2..arwah mengajar kami erti kehidupan melalui penceritaan kisah silam beliau..oleh itu, sehingga sekarang saya tidak pernah bersetuju dengan "cara menghukum untuk mendidik." arwah atuk juga mengajar saya untuk berusaha keras dalam mendapatkan apa yang dingini..walaupun hampir segala permintaan saya dipenuhi oleh arwah, namun arwah tidak pernah mengiyakan segala tindak-tanduk saya...yang salah tetap salah! begitulah cara arwah mendidik kami, adik-beradik...tegas dalam sayang!

Arwah, Sewaktu Ajalnya:

arwah meninggal pada 30 julai 1999, yang pada ketika itu jatuh pada hari jumaat..arwah meninggal kerana serangan jantung..semasa hayatnya, makanan favorite arwah adalah "masak lemak cili api." dan kini saya pula menggemari lauk tersebut.. ;)

arwah meninggal sejam sebelum solat jumaat..arwah seakan2 sudah tahu bahawa beliau akan akan meninggal pada hari tersebut..sebelum meninggal, beliau sudah pun membuang air besar, memotong kuku, dan mandi sebersihnya..maka, urusan memandikan jenazah begitu senang dan pantas..saya masih ingat ketika saya menunggu mayat arwah, mukanya seakan-akan kekuningan..dan mulutnya seakan tersenyum...walaupun saya masih kecil ketika itu (baru 10 tahun) saya langsung tidak takut..arwah seakan2 masih hidup pada ketika itu..

Kini:

pada waktu dahulu, kami sekeluarga akan menziarahi pusara arwah pada setiap hujung minggu..itu merupakan aktiviti mingguan yang wajib bagi kami..namun, kini, semenjak kami, adik-beradik semakin sibuk, begitu jarang sekali kami menjenguk pusara arwah..namun Alhamdulillah, pagi tadi, saya bersama emak dapat mengunjungi pusara arwah..sekembalinya dari pusara, segala kenangan bersama arwah kembali bertaut dalam fikiran..saya sedar, selama ini, saya begitu sibuk mengejar cita2 dunia, sehinggakan saya lupa pada seseorang yang pada suatu ketika dulu merupakan orang kesayangan saya! Dear God, i pray so that his soul will be placed among the good ones! amin!






No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP