Disclaimer: i'm neither a pious man nor a knowledgeable Islamic scholar..i'm just a layman, whose concern is more towards social development in any Muslim society..
Perihal Jemaah Masjid:
sembahyang berjemaah merupakan nadi kekuatan umat Islam..sejak zaman Rasulullah lagi, para sahabat sudah di tarbiahkan dengan solat secara berjemaah..justeru, tidak hairanlah jika kekuatan umat Islam pada ketika itu begitu dikagumi..
namun, jika diselusuri serba sedikit mengenai cara Rasulullah, sebagai Pemimpin pada ketika itu, berdakwah, tidaklah hairanlah para sahabat mempunyai keutuhan iman yang jitu..Rasulullah, dalam menyeru ke arah kebaikan, selalunya mendahului para sahabat dalam melakukannya..oleh dengan itu, tidak hairanlah jika Baginda menjadi contoh ikutan umat seluruhnya..
melihat para pemimpin Islam pada zaman kini, saya berasa sedikit gusar..ambil contoh, apa yang berlaku dalam konteks masyarakat setempat..saya amat kecewa apabila melihat wajah pemimpin2 masyarakat ini di masjid hanya apabila terdapat majlis2 tertentu..jika tidak, jangankan batang hidung, bunyi kenderaan mereka lansung tidak kedengaran di perkarangan masjid...mungkin, pada penilaian saya, mereka begitu sibuk dengan urusan kemasyarakatan yang menyukarkan mereka berjemaah (bersangka-baik)..tetapi, melihat telatah mereka yg berlebih-lebihan ketika hadir ke masjid untuk majlis2 tertentu menyebabkan saya rasa begitu meluat..sifat hipokrasi mereka yang tinggi menyebabkan rasa hormat saya kepada mereka hilang begitu sahaja..saya sedar, sebagai umat Islam, kita diseru untuk mentaati pemimpin selagi mana mereka tidak memerangi Islam..namun, berikan saya seribu alasan untuk saya menghormati pemimpin2 'chipsmore' seperti ini...
wahai pemimpin2 & bakal2 pemimpin Islam, beristiqamahlah kamu dalam menyeru manusia ke arah kebaikan..ingatlah, kelak di akhirat sana, kamu akan disoal di hadapan Dia, Allah, tentang amanah yang diberikan pada kamu!
p/s: i know it's bad to badmouth people..but, i would feel even worse to remain silent! a good citizen is the one who reprimands his/her leaders when they make mistakes! ;)
No comments:
Post a Comment