i know it's kinda vain to take others' words and then put them on your blog..but, who cares? anyway, i've read the following words/poems/verses in one of yesterday's newspaper, in which i found it so true! as a matter of fact, i hardly subscribe to any writings in newspapers, especially our local papers! but, this one is the exception! so, enjoy!
wahai nasi,
beritahu kami rahsia kamu;
bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?
satu ketika,
kamu mesra dengan daging kambing varuval.
di ketika lain,
kamu bergaul pula dengan potongan daging ayam Ipoh yang empuk.
dan pada setiap pagi,
kamu tidak pernah ketinggalan,
untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan.
di pesta kami yang meriah,
kamu sentiasa di sana meraikannya bersama-sama.
di hari raya,
kamu menyertai kawan-kawan kamu,
dan membawa kami ketupat dan lemang.
deepavali tidak kan sama,
tanpa kamu memberi warna paling menarik untuk dijadikan kolam
dan di ambang tahun baru cina,
kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang.
mungkin rahsia kamu adalah,
kerana kamu tidak memilih -
tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu dan garfu, atau tangan.
kamu gembira berkongsi makanan dengan kami.
hari ini,
di saat kami berkumpul bersama keluarga bagi menikmati hidangan,
kami akan memikirkan akan rahmat yang di kurniakan sepanjang 53 tahun ini.
dan kamu akan terus berada di sana,
mengingatkan kami sekali lagi,
tentang rahsia sebenar negara kita.
bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi -
yang dipenuhi,
satu demi satu,
dengan pengorbanan,
kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.
dan kita berkongsi 1 tanggungjawab -
untuk terus mengisi periuk nasi ini,
bersama-sama,
untuk mereka yang akan hadir selepas kita.
source: Maybank
No comments:
Post a Comment