Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari IBU!


"mama on along's graduation! 2 years ago"


"SELAMAT HARI IBU!" mama...i miss u w/ all my heart..mama yg saya kenali adalah mama yang penyayang..seingat saya, mama tidak pernah walau sekalipun memarahi saya..leteran mungkin terlalu banyak..tp, leteran itu hanyalah untuk mengingatkan saya supaya menjadi seorang manusia yang berguna..

..saya masih teringat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah..mamalah orangya yang menghantar dan menjemput saya setiap hari...walaupun jarak rumah dan sekolah tidaklah sejauh mana, mama tetap berkeras mahu menjemput saya..kadang2 timbul juga perasan malu dengan kawan2..manakan tidak, rakan2 yang laen semuanya sudah tahu berdikari seusia itu..tetapi, sekarang saya sedar...betapa mulianya dan sucinya kasih mama terhadap kami adik beradik..

..ketika saya mendapat tawaran ke asrama penuh, mamalah orang pertama yang paling gembira..awalnya, tidak terlintas lansung dalam fikiran saya untuk ke asrama..maklumlah kata kawan2 yg pernah tinggal di asrama, kehidupan di situ tidak selesa..makanan, pakaian semuanya tidak selesa..tp, mamalah yang meyakinkan saya untuk ke asrama..tq mama..kalaulah bukan kerana mama, mustahil bagi saya untuk sampai ke tahap ini..

..saya masih ingat lagi, satu ketika di asrama, saya demam..kerana kebodohan, saya memberitahu mama..tidak dapat saya bayangkan betapa bimbangnya mama ketika itu..lansung mama sampai ke asrama untuk melihat keadaan saya..tq mama for all your worries for me!

...ketika saya mendapat tawaran ke luar negara, mama tidaklah segembira yang saya sangkakan..pada mama, cukuplah bagi saya menyambung pelajaran di mana2 universiti tempatan...lagipun ketika itu, saya sudahpun belajar di UTP..so, kata mama, tiada bezanya antara univesiti tempatan dan luar negara...namun saya tetap berdegil mahu ke US..kerana tidak mahu mengeciwakan saya, mama pon bersetuju, dengan syarat saya akan terus kembali ke tanah air selepas tamat pengajian..tq mama for believing in me..

..all in all, there's something that i really miss about u, mama! i'm always proud to have a mother, who always trust me, who can understand my tough times, and who always be there for me...saya masih ingat pesan mama, " mama percaya pada **** (saya), buatlah apa yang terbaik untuk diri ****(saya) "

...in conjunction on hari ibu, i want to tell you something that i never told you before, "I LOVE U!" believe me that i've always loved u since the day i can spell ur name! but, am just to shy to tell u in person that i love u..am sorry for that..anyway, for me, everyday is mother's day!




Duhai Bonda (Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

1 comment:

  1. nice song,nice post, keep up posting interesting stuff like this..looking forward to read your future post... :)

    ReplyDelete

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP