Sunday, July 18, 2010

Anak Muda!

..semasa duduk di US ni, jarang2 sekali saya berhubung dgn rakan2 di m'sia..bukan sombong, namun jurang waktu yang berbeza menyukarkan saya mencari masa yang sesuai untuk berborak..namun, sejak kebelakangan ini, saya gagahkan diri berjaga sehingga lewat pagi, hanya untuk berhubung semula dengan rakan2 lama..merapatkan kembali ukhwah yang semakin renggang merupakan salah satu tuntutan agama..namun, tujuan sebenar adalah untuk mengorek serba sedikit kehidupan mereka di tanah air..niat di hati, mahu bertukar2 fikiran lalu mencambahkan idea yang segar dan realistik..maklumlah, duduk di seberang laut, kadang2 saya terbawa2 dengan ideologi kebaratan yang disangkakan sempurna..namun, bila berbincang dengan rakan2 di m'sia, barulah saya sedar tentang kegobrokan serba sedikit ideologi tersebut..

..namun, tidak semua perbincangan kami berkisar tentang hal2 semasa..adat remaja, kadang2 kami berkongsi kisah kehidupan..tetapi, apa yang memeranjatkan apabila sebahagian daripada mereka sibuk bertanyakan saya samada sudah menonton atau tidak video "ariel and luna maya"....kata mereka rugi jika tidak menonton memandangkan "internet speed" yang agak laju disini..

..saya terperanjat pada mulanya..marah? tidak sama sekali...saya bukanlah seorang yang sempurna akhlaknya..lebih2 lagi saya menolak sepenuhnya golongan yang suka menghakimi orang lain..melabel orang dengan pelbagai perkataan merupakan satu sifat yang tidak bertamadun, jauh lagi bersifat intelek..tetapi, saya sedikit kesal..saya tidak mahu menyentuh isu dari soal moral/akhlak..biarlah Tuhan yang menentukan..namun, saya kesal kerana melihat "keutamaaan" yang berada di minda anak2 muda kita..jika keseronokan menjadi keutamaan mereka, harapan untuk memajukan negara itu mungkin menjadi sukar..tapi, saya bukan menolak sepenuhnya hiburan, namun biarlah perkara laen yang lebih penting dijadikan keutamaan..hiburan itu biarlah dijadikan sebagai perkara sampingan..

..kerap kali kita mendengar,"pemuda-pemudi tonggak negara!" apakah rasionalnya di sebalik cogan kata yang acap kali digunakan dalam pelbagai program belia?? jika dilihat dalam sejarah penyebaran Islam itu sendiri, Islam menjadi gah kerana golongan mudanya yang begitu komited dengan perjuangan, golongan mudanya yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghadapi musuh, golongan remajanya yang kurang berseronok, dan sebagainya..Islam pernah suata masa dahulu kuat kerana anak mudanya begitu hebat..namun, jika dilihat pada generasi muda pada hari ini, ramai yang memilih untuk berhibur dahulu.."biarlah orang2 dewasa (bahasa kasar, orang tua) yang memikul t/jawab memacu negara," kata meraka..tapi kite leka, jika kepimpinan negara diserahkan kepada golangan yang "tua" jiwanya, tidak mungkin negara akan maju..rasionalnya begini:

orang dewasa: telah lama menjalani asam garam kehidupan..oleh itu, banyak pengalaman..mereka lebih bersikap realistik..oleh itu, kebanyakan mereke menolak segala bentuk idea2 yang radikal kerana mereka sedar hakikat sebenar kehidupan

orang muda: jiwanya panas..keputusannya terburu2..ideologinya bersifat idealistik..kurang pengalaman..namun, disebabkan kurang pengalaman, mereka ini berani mencuba idea2 yang radikal kerana mereka begitu ghairah untuk belajar dari kesilapan..mereka pantang dicabar dan sentiasa "positif" dengan segala bentuk perubahan.

..bagi saya, sesebuah negara hanya akan maju jika pemimpinnya bersifat radikal dalam merancang masa depan..tetapi sayang, melihatkan kebanyakan anak2 muda kita, ramai yang sudah bersifat "tua" sebelum masanya..oleh itu, marilah sama2 kita meremajakan jiwa dan pemikiran kita..KITA TONGGAK NEGARA!

2 comments:

  1. video ariel dgn luna maya tu di kire hiburan ke? =="

    ReplyDelete
  2. yes..tp hiburan yang melalaikan! idk la, neva watched the video, and have no intention to watch it at all! ;)

    ReplyDelete

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP