Friday, July 23, 2010

Pelaburan

..yes, seperti biasa, kali ini, minat "hangat-hangat" tahi ayam saya byk kepada konsep Pelaburan..al-maklumlah, insha Allah, by next May, tiap2 bulan dh x der org nk bg duit..so, from now on, kene startlah fikir, mcm mana nak sara hidup untuk hari2 awal selepas graduasi..

..melihatkan kepada bank account, mmg rasa takutlah..sbb nombornya semakin lama semakin kecil..jarang dari selalu, angkanya melebihi 4..selalu berada diparas nyawa2 ikan...haha..so, secara realistiknya, tidak mungkin saya dapat menyimpan untuk jumlah yang byk dalam masa kurang dari setahun ini..al-maklumlah, "vacation" plans sudah byk digariskan sempena cuti musim sejuk, "Thanksgiving Day," cuti musim bunga, dan etc..so, secara matematik mudahnya, jika perbelanjaan lagi banyak dari simpanan, maka jurang defisit kewangan akan bertambah..bila defisit bertambah, kene charge "overdraft" la pulak  (hahaha)

..so, selidik punya selidik, dapatlah idea untuk mengambil tahu mengenai dunia pelaburan...asalnya, dulu berniat nk bukak perniagaan sampilan dengan rakan dari m'sia..semua sudah selesai: business plan, and etc..tp, kekangan masa sbg pelajar menyebabkan saya menarik diri di saat akhir kerana khuatir tidak mampu memberikan komitmen yang jitu..maklumlah, berniaga ni bukan seperti "jual goreng pisang." berniaga memerlukan usaha, dan komitmen untuk bekerja siang dan malam, cermin mata yang tebal untuk membaca pasaran dan ekonomi semasa, dan byk lg..bukan x minat, cuma masa tidak mengizinkan..so, terlepas satu peluang untuk mengumpul harta kekayaan untuk bekalah hari2 selepas graduasi nanti..tambahan pula, parents mmg awal2 lagi tidak bersetuju dgn idea untuk saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan sewaktu di zaman kolej...kata mereka, "takut yang dikejar x dapat, yang dikendong/didukung berciciran!" ...YOLAH MAK OI, DEN FAHAM! hahaha

..so, business out! so, terfikir lak nk kerja sambilan disini..byk juga hasil dapat..di sini, kebajikan pekerja diambil perhatian...gaji pon boleh tahan even kalo jadi tukang sapu..tp, fikir2 balik, kalo saya kerja 20 hrs seminggu + 10 hrs rehat sbb penat, makanya saya dh abiskan 30 hrs seminggu..sepatutnya 30 hrs, saya habiskan untuk belajar mengenai selok-belok dunia (ekonomi, peluang perniagaan) yang sudah pasti mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan di masa hadapan..so, CANCEL plan nk kerja sambilan..hahaha

..so, sekarang option yang tinggal adalah dengan menggiatkan diri untuk belajar mengenai pelaburan..orang kata, kalo nk jadi businessman berjaya, seseorang tue kene jadi "financial genius" dulu..belajar dulu semua selok belok kewangan..mcm mana nk handle cash, macam nk pusing duit supaya instead of berkurang dy jadik bertambah, macam mana nk kurangkan beli liabiliti and tambahkan asset, and etc..benda nielah yang saya dok menghadap setiap malam dalam masa seminggu nie..more to personal research la..haha..so, bile dah faham sume nie, barulah saya akan cari "mutual fund" untuk dilaburkan duit dari penat lelah saya melakukan research selama 10 minggu dekat sini..so, harap2, by the time i graduate, bila seluk poket seluar, adalah duit...x delah segan sangat nk keluar dgn kawan2 nanti..

*semalam, asyik duduk bersembang dengan rakan, tiba2 terbuka topik pelaburan ini..x disangka2 dia pun minat..hampir sejam la duk asik bersembang pasal topik ni..semua teori keluar..padahal teori tu x de pon dalam syllabus economy..semua teori bermula dengan "i'm guessing............." haha..COOL! ;)

No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP