Thursday, June 3, 2010

A Story of A Friend of Mine!

Ali [bukan nama sebenar] merupakan seorang anak kampung..bagi Ali, membesar di kampung merupakan satu "privilege" kepada dirinya..dia dapat melihat & merasai sendiri realiti sebenar masyarakat desa..setidak-tidaknya, bagi Ali, jika ditakdirkan dia berjaya suatu hari nanti, dia tidaklah lupa daratan..kehidupan di kampung [w/pon tidak lama] telah mengajar Ali dua perkara penting: 1) pemikiran (mindset) orang-orang kita masih perlu melalui suatu proses transformasi andai kita mahu memajukan masyarakat kita. 2) kehidupan bermasyarakat di kampung perlu diserap dalam kehidupan masyarakat bandar.

Sejak kecil, Ali sentiasa menyatakan hasratnya kepada kedua orang tuanya untuk menjadi orang berjaya..Namun ia tidaklah semudah yang disangka..Ramai yang sebahagiannya terdiri daripada keluarga Ali sendiri mentertawakan cita-cita besarnya..Masakan tidak, bagi mereka, Ali hanyalah budak kecil yang bercita-cita besar..Mustahil bagi mereka, anak kecil seperti Ali akan berjaya..Masakan tidak, ke sekolah pon masih dihantar oleh mamanya! Tapi bagi Ali, sindiran itu hanyalah permainan dalam kehidupan..manusia & hasad dengki merupakan dua elemen yang tidak mungkin dapat dipisahkan..Mahu atau tidak, itulah realiti kehidupan bermasyarakat..Bagi Ali, dia sedikit pun tidak tergugat dengan cacian dan sindiran seperti itu.."Alah bisa, tegal biasa!"

Alhamdulillah, berkat kesungguhan Ali dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara..Mamanya tidaklah begitu gembira dengan keputusan Ali itu..ramai dikalangan orang yang rapat dengan mamanya, berusaha untuk meyakinkan beliau untuk tidak membenarkan Ali ke luar negara..Bagi mereka, Ali akan berubah jika dibiarkan hidup berbudaya masyarakat Barat..Oleh kerana itulah, mamanya agak keberatan untuk melepaskan Ali pada mulanya..Namun, semuanya sudah tertulis, bahawa Ali akan ke luar negara..Oleh kerana amanah itulah, Ali berazam untuk sentiasa menjaga maruah diri dan keluarganya!

Namun, ketika di luar negara, Ali begitu sibuk mengatur urusan dunia..Dia sentiasa bimbang akan masa depannya..siapa dan di mana dia pada 10 tahun/20 tahun akan datang? Kebimbangan ini telah menyebabkan dia lupa tentang hakikat kehidupan ini adalah sementara..tiada yang hakiki! Kesedaran ini muncul disebabkan mimpi-mimpi pelik yang dialami oleh Ali sejak kebelakangan ini..pada mulanya, Ali begitu takut untuk melelapkan mata..takut-takut esoknya, dia tidak akan bangun kembali..namun, mimpi-mimpi yang pada mulanya, agak menakutkan Ali, kini menjadi sesuatu yang amat berguna..Ali sedar mimpi itu adalah sekadar permainan tidur..tetapi Ali juga sedar, sesetengah mimpi itu mampu menjadi petanda berguna..mungkin masanya sudah hampir tiba..Namun Ali tidak pasti..jika YA, adakah Ali haruskan melupakan urusan dunianya..jika TIDAK, apakah maksud sebenar daripada mimpi itu..

Namun, setelah berfikir sedalamnya, Ali tekad untuk meneruskan kehidupan seperti biasa..cuma, kehidupan kali ini lebih bermakna, kerana jika dulu, matlamatnya hanyalah dunia; tetapi sekarang dunia + akhirat merupakan dua keutamaannya..Walaubagaimanapun, apa2 pun yang terjadi, Ali telah bertekad untuk REDHA! kerana REDHA merupakan pengubat segala bentuk kebimbangan dan kerunsingan..Ali percaya apa2 pun yang berlaku, merupakan percaturan terbaik dari Maha Pencipta buatnya..Namun, bagi Ali, "hidup mesti diteruskan!"

p/s: i have known Ali since the day he was born.. :)

2 comments:

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP