Monday, June 7, 2010

Tanda-Tanda Kematian ~ Insaf :)


100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya 
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma 
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku 
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut 
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan 
mengigil. 
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika 
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut 
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar 
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka 
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan 
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau 
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal 
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang 
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah 
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk 
mempersiapkan diri dengan amalan dan 
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita 
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka 
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti 
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan 
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka 
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk 
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan 
dicabutnya.


7 hari:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan inidapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimanabahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini 
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

No comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP